Saturday, February 27, 2010

PENDERAAN KANAK-KANAK MAKIN MENJADI-JADI SEKARANG

Update- Kanak-kanak Perempuan 4Tahun Mati Dipercayai Didera

Kuala Kubu Bahru
Selangor
26 Feb 2010

berita awal di bawah hanya mengandungi beberapa fakta asas yang akan saya kemaskini dari masa ke semasa.

Shafia Humairah Sahari - 4 tahun

Saya mendapat maklumat mengenai kes ini kira-kira 11 malam, Khamis 25 Feb lalu.

Ketika maklumat diterima, saya masih samar-samar akan bagaimanakh ianya berlaku.

Dan akhirnya, pada pagi tadi, 26 Feb 2010, saya menghubungi Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi meminta pengesahan.

Seperti biasa, Supt Norel Azmi merupakan seorang pegawai polis yang amat 'friendly' dan terus memberikan maklumat dan pengesahan seperti di dalam entry di bawah.


Berita selanjutnya: infotambahan blogspot.com

PELAJAR PEREMPUAN KETAGIH VIDEO LUCAH



Pelajar perempuan rancang rompak rumah sendiri

Kisah Benar: Akibat ketagih tonton klip video lucah


SEORANG pelajar perempuan yang ketagih menonton rakaman klip video lucah yang dibeli daripada dua rakannya sehingga berhutang lebih RM1,000 bertindak nekad membenarkan rumahnya di Jalan Haji Wan Latiff, di sini, dirompak rakannya itu bagi melunaskan hutang.Pelajar Tingkatan Empat itu mengambil kesempatan ketika mereka sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur, Khamis lalu, dengan membenarkan dua rakannya itu yang juga pembekal klip video lucah memecah masuk ke rumah dengan membuka selak tingkap rumah yang sebelum itu sudah dikunci kemas bapanya.

Baca dan baca lagi


Ayid>>Kini pelajar perempuan pun dan ketagih melihat video lucah. Maka tidak hairan kita kenapa dan mengapa begitu banyak anak luar nikah di lahirkan.


Isu royalti: Anggota MT Persoal mengapa Ku LI Bebas..



KUALA LUMPUR, 27 Feb — Jika Umno pernah mengambil tindakan tegas ke atas ahli-ahlinya yang membelakangkan semangat parti masa-masa lalu, mengapa tidak ke atas ahli seumur hidup Tengku Razaleigh Hamzah (gambar), yang memperlihatkan pendirian yang bercanggah dengan kerajaan pusat pimpinan Umno-BN, khususnya dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan.


The Malaysian Insider difahamkan itu sebahagian pendirian anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menghadiri mesyuarat lebih tiga jam malam Khamis.


Malah, difahamkan ini juga kali pertama MT kembali kepada ahli-ahlinya memberikan pandangan atas kapasiti Tengku Razaleigh bukannya ahli biasa tetapi dilihat sebagai seorang pemimpin veteran parti.


“Ada syor agar tindakan dikenakan ke atas Tengku Razaleigh... tetapi bukan saranan agar diambil tindakan yang tegas,” kata seorang anggota MT yang enggan namanya disiarkan.


“Ada pandangan mengapa parti tidak mengenakan tindakan ke atas Tengku Razaleigh sedangkan parti pernah bertindak tegas ke atas ahli-ahli parti yang bertindak bertentangan dengan dasar parti,” kata seorang lagi anggota MT yang enggan namanya didedahkan kepada The Malaysian Insider.


Bagaimanapun isu berkaitan dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan agenda utama mesyuarat malam tadi.

Ayid>> Ku Li kata dia masih setia pada UMNO mengapa risau tentang dia. keke

Friday, February 26, 2010

LAGI BUKUU-BUKU ZUNAR DIRAMPAS


Polis yang begitu 'taksub' dengan karya kartunis satira Zunar atau lebih dikenali sebagai Zulkiflee Anwar Haque, sekali lagi merampas sejumlah buku karya terbarunya minggu lalu.


Zulkiflee berkata beliau masih mengenalpasti jumlah sebenar buku-bukunya yang dirampas, tapi mengesahkan sebanyak 15 naskhah telah dirampas di dua buah kedai buku di Kepala Batas.

“Saya mendapat tahu bahwa polis merampas buku yang tidak diketahui jumlahnya di Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya.

Beliau berkata operasi itu diketuai Cif Insp Mohd Noor Azlan Mansor daripada balai polis Seberang Perai. Pulau Pinang. Malaysiakini masih belum berjaya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.

Buku berjudul 'Isu dalam Kartun' itu merupakan kompilasi karya daripada pelbaagi artis, menyentuh isu-su semasa seperti kes kehilangan enjin jet pejuang, kontroversi penggunan kalimah Allah dan juga pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Kulit buku tersebut menarik perhatian pembaca kepada dua karya di dalamnya yang bertajuk 'Sumpah di Bumi Komisen' dan 'Dari PD ke Mongoria' yang ditujukan sinis kepada pemimpin tertinggi negara.

Karya Zulkiflee sebelum ini - '1 Funny Malaysia' dan majalah 'Gedung Kartun' juga dirampas kementerian dalam negeri.

Sumber

Guan Eng sertai sambutan Maulidul Rasul



PULAU PINANG, 26 Feb: Mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menerima tempelakan kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini terjawab.


Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.


Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng.


Sementara itu, Masjid Jamek Jelutong mencipta sejarah kerana mengadakan perarakan kali pertama sempena sambutan Maulidur Rasul esok, 27 Februari bermula jam 9.00 pagi.


Pengerusi kariahnya, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pada sebelah malam diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Alkhairy Ismail dari Jabatan Agama Islam Kedah.


Ayid>> Dah pun terjawab isu maulidul Rasul Negeri Pulau Pinang ada siapa lagi yang nak melatah


Sumber

Keberanaian dan Ketabahan Rasulullah S.A.W




Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mempunyai keberanian yang mengagumkan dan tiada tandingannya dalam membela agama dan menegakkan kalimatullah Ta'ala. Beliau mempergunakan nikmat-nikmat Allah Ta'ala yang dicurahkan atas beliau pada tempat yang semestinya. 'Aisyah radhiyallahu 'anha telah mengungkapkan hal itu dalam sebuah hadits:



"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah sama sekali memukul seorangpun kecuali dalam rangka berjihad di jalan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Beliau tidak pernah memukul pelayan dan kaum wanita." (HR. Muslim)


Di antara bukti keberanian beliau adalah kegigihan beliau dalam mendakwahkan agama Islam seorang diri menghadapi kaum kafir Quraisy dan pemuka-pemukanya. Demikian juga keteguhan beliau di atas keyakinan tersebut hingga Allah menurunkan pertolongan-Nya. Beliau tidak pernah mengeluh atau berkata: "Tidak ada yang sudi menyertaiku, sedangkan orang-orang semuanya memusuhiku." Akan tetapi beliau bersandar serta bertawakkal kepada Allah dan tetap meneruskan perjuangan dakwah beliau.

Beliau adalah seorang pemberani dan sangat teguh dalam memegang dan melaksanakan pendirian. Ketika orang-orang lari bercerai berai, beliau tetap teguh bagaikan karang.

Beliau mengasingkan diri untuk beribadah di gua Hira' selama beberapa tahun. Kala itu beliau belum merasakan gangguan dan orang-orang Quraisy pun belum memerangi beliau. Kaum kafir itu tidak menembakkan sebatang anak panah pun dari busurnya kecuali setelah beliau menyebarkan aqidah tauhid dan memerintahkan untuk memurnikan ibadah mereka kepada Allah semata. Beliau sangat menghairankan ucapan kaum kafir sebagaimana yang difirmankan Allah :


"Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan" Maka mereka menjawab:"Allah". Maka katakanlah: "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepada-Nya)?" (Yunus: 31)


Sementara itu mereka menjadikan berhala-berhala sebagai perantara antara mereka dengan Allah . Sebagaimana yang Allah firmankan:


"Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". (Az-Zumar: 3)


Padahal mereka juga meyakini tauhid Rububiyah, sebagaimana yang diungkapkan Allah , ertinya:


"Katakanlah: "Siapakah yang memberikan rezeki kepada kalian dari langit dan bumi?" mereka akan menjawab: "Allah".


Wahai saudaraku, lihatlah praktik-praktik syirik yang bertebaran di seluruh negerii kaum muslimin, seperti memohon kepada orang yang sudah mati, bertawassul dengan perantaraan mereka, bernadzar kerana mereka, takut serta mengharap kepada mereka. Sampai-sampai terputus hubungan antara mereka dengan Allah S.w.t disebabkan kemusyrikan yang mereka lakukan. Mereka telah menempatkan orang-orang yang sudah mati setara dengan kedudukan Dzat Yang Maha Hidup dan tidak akan pernah mati. Allah berfirman:


"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun." (Al-Maidah: 72)


Sekarang kita beranjak dari rumah beliau menuju gunung yang berada di sebelah utara. Itulah gunung Uhud, di situlah terjadi peristiwa besar yang menunjukkan keperkasaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam e dan keteguhan serta kesabaran beliau atas luka yang diderita pada peperangan tersebut. Pada waktu itu wajah beliau yang mulia terluka dan beberapa gigi beliau patah serta kepala beliau terkoyak.

Sahal bin Sa'ad t menceritakan kepada kita tentang luka yang diderita beliau . Ia berkata: "Demi Allah, aku benar-benar mengetahui siapakah yang mencuci luka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam e, siapakah yang menyiramkan airnya dan dengan apa luka itu diubati." Ia melanjutkan: "Fathimah radhiyallahu 'anhaputri beliaulah yang mencuci luka tersebut, sementara Ali bin Abi Thalib t menyiramkan airnya dengan perisai. Namun ketika Fathimah radhiyallahu 'anha melihat siraman air tersebut hanya menambah deras darah yang mengucur dari luka beliau, ia segera mengambil secarik tikar lalu membakarnya kemudian membungkus luka tersebut hingga darah berhenti mengucur. Pada peristiwa itu gigi beliau patah, wajah beliau terluka dan kepala beliau terkoyak lebar." (HR. Al-Bukhari)

Al-Abbas bin Abdul Muththalib radhiallaahu anhu menceritakan kepahlawanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam e dalam peperangan Hunain. Ia berkata: "Ketika pasukan kaum muslimin tercerai berai, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam justeru memacu bighalnya ke arah pasukan kaum kafir, sementara aku terus memegang tali kekang bighal tersebut supaya tidak melaju dengan cepat. Saat itu beliau berkata:


"Aku adalah seorang nabi bukanlah pendusta. Aku adalah cucu Abdul Muththalib."
(HR. Muslim)


Sementara itu, penunggang kuda yang gagah berani, yang sudah masyhur dan terkenal dengan kisah-kisah kepahlawanannya, iaitu Ali bin Abi Thalib r.a menceritakan keberanian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam e sebagai berikut: "Apabila dua pasukan sudah saling bertemu dan peperangan sudah demikian sengit, kami pun berlindung di belakang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam e, tidak ada seorangpun yang paling dekat kepada musuh daripada beliau." (HR. Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah , silakan lihat di dalam Shahih Muslim III / no.1401)


Kesabaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam e dalam menyebarkan dakwah pantas dijadikan contoh dan teladan yang baik. Hingga akhirnya Allah Ta'ala menegakkan pilar-pilar Islam dan melebarkan sayapnya di segenap pelosok jazirah Arab, negeri Syam dan negeri-negeri di seberang sungai Tigris. Hingga tidak tersisa satu rumah pun kecuali telah dimasuki cahaya Islam.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


"Sesungguhnya aku telah mendapat berbagai keganasan dan ancaman kerana membela agama Allah . Dan tidak ada seorangpun yang mendapat keganasan seperti itu. aku telah mendapat berbagai macam gangguan kerana menegakkan agama Allah . Dan tidak seorangpun yang mendapat gangguan seperti itu. Sehingga pernah ku alami selama 30 hari 30 malam, aku dan Bilal tidak mempunyai sepotong makanan pun yang layak untuk dimakan manusia kecuali sedikit makanan yang hanya dapat dipergunakan untuk menutupi ketiak Bilal." (HR. At-Tirmidzi dan Ahmad)


Walaupun harta dan ghanimah serta perbendaharaan dunia dari kemenangan yang diberikan Allah kepada beliau terus mengalir, namun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak mewariskan sesuatupun kepada umatnya, tidak dinar mahupun dirham, beliau hanya mewariskan ilmu. Itulah warisan nubuwwah, barangsiapa yang ingin mengambilnya, maka silakan maju untuk mengambilnya dan selamat berbahagia menerima warisan yang agung itu.

'Aisyah radhiyallahu 'anha menuturkan:


"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak meninggalkan dinar, tidak pula dirham, tidak meninggalkan kambing, tidak pula unta. Beliau tidak mewasiatkan harta apapun."
(HR. Muslim)


Thursday, February 25, 2010

Isu Tanah: 30 orang Ali bedemo di Gombak


Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.


Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.


Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," dan "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh."

Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.


Menurut Sokyen, petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Enam laporan polis


Dalam petisyen yang ditandatangani lebih 90 orang itu, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.


Sokyen berkata, mereka membuat petisyen itu berdasarkan enam laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh penduduk kampung terlibat.


Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat pada Mac 2009 itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.


Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut.


Turut ditimbulkan dalam petisyen berkenaan berhubung penjawatan oleh Orang Asli dalam JHEOA di bahagian kesihatan dan perubatan.


"Satu ketika dulu jawatan Orang Asli di bahagian kesihatan hampir 80 peratus, kini didominasi orang Melayu iaitu sebanyak 90 peratus, manakala Orang Asli hanya (tinggal) 10 peratus sahaja.


“Banyak syarat yang dikenakan untuk Orang Asli diterima masuk," petisyen setebal enam halaman itu dipetik.


Digelar 'hitam, jijik, kotor'


Petisyen itu turut mempertikaikan tindakan hospital itu memberi “layanan lebih baik” kepada masyarakat lain, sedangkan hospital itu dibina khas untuk keperluan Orang Asli.


"Walaupun Klinik 1Malaysia wujud, tetapi masyarakat bukan Orang Asli masih ramai yang datang dengan alasan senang letak kereta, selesa serta murah.


"Ada di antara kami yang terpaksa tinggal (ditempatkan) di hospital kerajaan lain (kerana) menerima cemuhan daripada kakitangan hospital (yang dikhaskan kepada Orang Asli). Ada yang memanggil kami 'asli', 'hitam', 'busuk', 'kotor', semasa di wad hospital.


"Ada yang seolah jijik memegang kami sewaktu mengambil suhu badan atau tekanan darah. Kami berasa asing di tanah bumi sendiri," menurut petisyen itu lagi.


Menurut Sokyen, kira-kira 2,000 Orang Asli mendiami kawasan sekitar Gombak. Masyarakat tersebut, tambahnya, bergantung kepada hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.


Bercakap kepada media, Sokyen turut menimbulkan pemilikan tanah mereka - tanah kategori saka dan rayau - yang dikatakan tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.


"Kami dapat maklumat ada dasar tanah baru yang akan digubal di parlimen. Dasar ini digubal dengan tidak mengambil kira Orang Asli dan dibantah oleh Orang Asli pada keseluruhannya.


"Apabila ia dikuatkuasakan kami akan hilang hak ke atas tanah saka dan juga tanah rayau kami," tambahnya.


Sumber

Wednesday, February 24, 2010

PKR" BN khianati semangat Akta Pembangunan Petroleum




KUALA LUMPUR, Feb 24 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Barisan Nasional (BN) berniat mengkhianati semangat perjanjian yang menjulang kebajikan rakyat dengan menggunakan persoalan remeh-temeh mengenai istilah dalam Akta Pembangunan Petroleum (APP) 1974.


Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, ini terus dilakukan walaupun telah berkali-kali kerajaan pusat yang merangka APP, termasuklah Pengerusi Petronas yang pertama Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan bahawa niat dan maksud istilah “luar pesisir pantai” dalam APP merujuk kepada mana-mana telaga minyak di luar pantai sesebuah negeri.


Oleh itu, kata beliau, cadangan pindaan dikemukakan oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk menegakkan dan membawa kembali niat dan semangat perjanjian ke dalam APP dengan memberikan definisi yang nyata mengenai istilah “luar pesisir pantai”, yang melambangkan niat dan semangat perjanjian dalam tahun 1974 supaya dapat menghalang sesetengah pihak yang berniat buruk dari terus memanipulasi APP untuk menganiayai rakyat Kelantan.


“PKR memandang serius cubaan berterusan Kerajaan Pusat (di bawah BN) untuk mengelirukan rakyat mengenai hak setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak secara langsung kepada kerajaan negeri di bawah APP 1974.


“Iklan terbaru oleh kerajaan pusat (yang dibayar dengan duit rakyat) cuba untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa cadangan pindaan APP oleh Pakatan Rakyat adalah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat mengakui negeri-negeri tidak mempunyai hak di bawah APP,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.


Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Marang berkata Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, mencadangkan usul tersebut dalam sesi terakhir Dewan Rakyat pada Disember lalu dengan niat menghalang BN dari terus memanipulasi kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada kerajaan pusat di masa pentadbiran Tun Abdul Razak untuk menghukum rakyat Kelantan.


Semasa APP 1974 dirangka, Malaysia hanya mempunyai beberapa telaga minyak di luar pesisir pantai, contohnya telaga minyak carigali Tapis di luar pesisir pantai Terengganu dan Temungo di luar pesisir pantai Sabah.


Katanya, semua telaga minyak ini berada jauh di tengah lautan dan jauh dari garisan tiga batu nautika setiap negeri, yang kini ditimbulkan sebagai sempadan negeri apabila merujuk kepada APP.


“Telaga-telaga minyak inilah yang menjadi rujukan utama kepada mereka yang merangka APP, apabila mereka memperkenalkan istilah “luar pesisir pantai” dalam APP.


“Niat dan tujuan APP adalah cukup jelas, sehinggakan dimensi sempadan dan jarak jauh dari pantai untuk menentukan sempadan negeri tidak ditimbulkan di dalam APP langsung.


“Pendirian dan pendapat kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri pada ketika itu adalah sangat jelas iaitu apa-apa perolehan dari cari gali hidrokarbon di atas darat atau di luar pesisir pandai di dalam wilayah negeri perlu dibayar dengan bayaran tunai,” katanya lagi.



Pendirian ini kata beliau, dikukuhkan lagi dengan rasa hormat dan tanggungjawab kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri kepada semangat persekutuan, di samping mengambil kira kebajikan rakyat di setiap negeri.


“Tiga dekad kemudian, BN mencabul kepercayaan dan budi bicara di antara kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri yang tercapai dalam tahun 1974, dengan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma ‘luar pesisir pantai’ yang kabur dalam APP.


“Maksud dan niat yang termaktub dalam APP adalah jelas, terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak yang berada dalam lingkungan tiga batu nautika sejak petroleum dijumpai di negara ini,” katanya.


Saifuddin menambah, APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud tetapi ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu.


“... maknanya semua telaga minyak luar pesisir pantai berada jauh dari pantai,” kata beliau.


Sumber

TAK NAK NAIK PUN DIA NAIK - NAIK JANGAN TAK NAIK



"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin

penurunan," kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin

Fah Kui.




Menurut Bernama, Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik itu

esok.




Peter Chin berkata kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan

mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan

Perdana Menteri.




Mengenai peratusan kenaikan, Chin berkata: "Saya tidak boleh beritahu kerana

mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain."



Anak mualaf

Isu royalti: Kelantan mahukan perjelasan Najib... Bukan Mustapha!!


PASIR MAS, Feb 24 — Di sebalik pertikaian tuntutan royalti minyak Kelantan sebanyak lima peratus, Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mempersoalkan kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang beliau mendakwa sebagai hanya membisu.


Husam berkata demikian sebagai reaksinya terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang sejak kebelakangan ini dilihat terlalu aktif mengatur pelbagai program dengan mendakwa Kelantan tiada hak mendapatkan bayaran royalti lima peratus.


“Sepatutnya Perdana Menteri yang bercakap pasal ini, dan kita memang inginkan penjelasan Perdana Menteri sendiri.


“Ambo (saya) minta Datuk Pa tak usah campur hal ini, biar Perdana Menteri sendiri yang bercakap.


“Sebab dia (Mustapa) bukan menteri berkaitan dalam perkara ini. Rakyat semua tahu,” kata beliau dalam ceramah umum dihadiri kira-kira 4,000 penyokong PAS di stadium mini Pasir Mas, dekat sini malam tadi.


Kerajaan negeri membuat tuntutan tersebut awal tahun lalu.


Semalam Husam mengeluarkan penjelasan lapan perkara dengan menekankan Kelantan layak menerima tunggakan bayaran royalti minyak sebanyak RM2 bilion, bukannya RM20 juta yang diumumkan Mustapa baru-baru ini. Baaca selanjutnya disini


Ayid>>> Betul-betul-betul kan Najib yang PM. To Pa menteri aje kan

Husan Iklan perjelasan keliruan, pusat wajar betulkan pendirian


Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Feb 23 — Dalam jawapan balas susulan iklan mengenai isu tuntutan royalti minyak disiarkan kerajaan pusat kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa memberitahu, penjelasan itu “amat mengelirukan” dan menggesa kerajaan pusat membetulkan pendiriannya segera.



Husam (gambar) merujuk kepada Akta pembangunan Petroleum (PDA) 1974 mengenai tadbir urus petroleum terhadap negeri-negeri yang terdapat hasil pengeluaran minyak antaranya Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.


“Di bawah akta inilah perjanjian dengan negeri-negeri dilakukan.


“Dan perjanjian ini adalah sama. Tidak ada akta yang berbeza. Akta tersebut ialah Akta Kemajuan Petroleum 1974,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya hari ini.


Ahad lepas kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum Kelantan dengan menyasarkan pendirian Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian itu, kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.


Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.


Iklan penjelasan itu diterbitkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjawab lapan isu termasuk pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas itu dan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.


Mengenai isu pertama “Apakah istilah yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?”, penjelasan itu berkata:


“Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah bayaran tunai sebanyak lima peratus dan perkataan royalti tidak digunakan dalam mana-mana istilah akta berkenaan,” kata kerajaan pusat dalam iklan penjelasan itu.


Oleh itu, Husam tidak bersetuju dengan jawapan yang diberikan memandangkan kesemua 13 perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak menggunakan istilah “bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan.”


Kata beliau, perkataan yang popular digunakan oleh semua pihak ialah “royalty”, malah tidak ada yang berubah mengenai bentuk pembayaran iaitu bayaran tunai kepada kerajaan negeri.


“Istilah-istilah yang digunakan dalam PDA, 13 perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak adalah merangkumi onshore (daratan) dan offshore (luar pantai) untuk maksud petroleum yang dihasilkan di daratan dan di lautan.


“Tiada dinyatakan sama sekali sama ada dalam PDA 1974, 13 perjanjian dengan negeri-negeri mahupun 13 Geran Penyerah Hak tentang sekatan hak setiap negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasar kepada jarak dari pantai,” katanya.


Sehubungan itu Husam turut mempertikaikan ukuran jarak yang tidak pernah termaktub dalam PDA yang dijadikan alasan oleh kerajaan persekutuan dalam menafikan hak royalti kepada Kelantan.


“Oleh itu berdasarkan fakta tersebut maka tidak timbul sama ada jarak 12 batu, 200 batu atau jarak lain daripada pantai untuk penafian tersebut,” katanya.


Mengulas lanjut hujah diguna oleh kerajaan pusat dalam iklan tersebut, Husam berkata, iklan penjelasan itu bersandarkan pada akta yang telah dimansuhkan.


“Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969.


“Jadi saya hairan macam mana akta yang telah dimansuh dijadikan hujah oleh Kementerian penerangan kerajaan Malaysia.


“Kami harap kerajaan Malaysia dapat membetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan yang berpanjangan,” ujarnya.


Ayid>> Semalam dalam kenyataan nya Husam menjalaskan;memperbetulkan kenyataan yang dibuat kerajaan Pusat di mana tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion dan bukannya RM20 juta. Ha tu dia Kerajaan Negeri lebih pintar mengira dari Pusat

Tuesday, February 23, 2010

Saiful Bukhari Akan Tercirit Bila Di tanya Peguam Anwar


Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful supaya gambarnya dalam keadaan bersedih sahaja harus disiarkan bakal menjerat dirinya jika peguam Anwar bertanya akan hal itu.

Apa alasan yang Saiful akan berikan kepada peguam Anwar? Sama-samalah nantikan pada perbicaraan seterusnya. Jika soalan peguam Anwar dipintas oleh pendakwaraya dan diketepikan oleh hakim menyatakan tidak relevant, bermakna ada sesuatu yang disembunyikan oleh pendakwaraya dan Saiful.

Ahaks.. aku pun nak tahu juga kenapa Saiful sentiasa bersedih sedangkan beliau begitu ceria berbual di facebook bersama papagomo yang kuat buat fitnah didalam blognya. Kepada yang baru nak kenal celaka papagomo, ada disertakan gambar dibawah.

BKO

Detik-detik Hidup Al Syahid Hasan Al-Banna




Kelahiran dan Pendidikan Imam Hasan Al Banna.



Imam Hasan Al-Banna adalah anak sulung di dalam keluarganya. Beliau

dilahirkan di Mahmoodiah pada bulan Oktober, 1906 M. Takdir Allah telah

menentukan tarikh kelahirannya itu supaya dapat mengisi kekosongan akibat

kematian pemimpin Muslim Mesir yang berwibawa dan tercinta iaitu Mustafa Kamal.



Mahmoodiah bersuasana kedesaan dan merupakan sebuah perkampungan

petani. Para penduduknya menjalani kehidupan corak lama (tradisional). Keluarga

Imam Hasan Al-Banna sangat 'alim dalam ilmu Islam dan Sejarah Islam. Keluarganya

juga mengamalkan cara hidup Islam.



Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri.

Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan.

Bapanya juga memberi galakan kepadanya untuk mempelajari ilmu Islam. Tidak lama

kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Ar-Rasyad As-

Diniyyah. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang ulamak terpelajar yang

bernama Muhammad Zahran.




Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya iaitu

Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna pun

berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah A'adadiyah.




Tahap pengajian sekolah ini adalah lebih tinggi daripada sekolah rendah.

Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah A'adadiyah dan

menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Kini cuma ada dua pilihan saja bagi

Hasan Al-Banna. Salah satu daripada pilihan itu ialah memasuki Maahad-i-Dini; iaitu

sebuah pusat.pengajian yang berhubung terus dengan Universiti Al-Azhar. Langkah

ini boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan yang satu lagi ialah

memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat Ijazah Perguruan. Hasan

Al-Banna memilih memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur. Selepas itu tiga tahun

berkursus di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai

sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat

Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung pengajiannya ke peringkat

yang lebih tinggi iaitu ke Universiti Kaherah (Darul Ulum). Ketika itu beliau berusia

16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak

layak dari segi umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya

yang luar biasa itu. Waktu itu, Darul Ulum terkenal dengan gelaran 'Al-Azhar kecil'.

Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah moden. Diantara kursus-kursus yang

disediakan ialah Perguruan, Saikologi, Falsafah, Politik,Ilmu Kemasyarakatan,

Matematik dan Ilmu Bahasa. Sebaik sahaja diterima masuk, Imam Hasan Al-Banna

dan keluarganya pun berpindah ke Kaherah.




Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan

diplomanya dari Darul Ulum (kini terkenal dengan Universiti Kaherah) dengan

mendapat pangkat pertama. Hasan Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan

kepada pengajiannya dan sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan

membantu bapanya membaiki jam. Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau

terpaksa pula membuat pilihan sama ada beliau patut mengambil biasiswa luar negeri

dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja dengan

Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika beliau bekerja dengan Jabatan Pelajaran,

beliau akan mengajar kanak-kanak pada siang hari dan masa lapangnya pula akan

dihabiskan untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul Ulum mengumumkan

bahawa Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana pelajar kerana

negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru waktu itu. Selepas pengumuman

tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila beliau mula

bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua puluh satu

tahun. Beliau tinggal di Ismailiah schingga tahun 1933 M.




Tugas Hasan Al-Banna Sebagal Seorang Guru dan Peristiwa Penubuhan Al-

Ikhwanul Muslimin.




Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan

tugasnya sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji

dengan teliti corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat

dilancarkan dengan lebih berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi

seorang guru yang baik dan juga seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan

usaha dakwahnya di kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid.

Dalam masa yang singkat sahaja, ramai telah menjadi pengikutnya.




Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah

Imam Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana

memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan

yang terkenal dengan nama `Al-Ikhwan Muslimin'. Batu asas pusat gerakan dan

masjid Ikhwan Muslimin telah diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas

itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul

Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke matlamatnya.




Pada bulan Oktober, 1933 M. Imam Hasan Al-Banna telah ditukarkan ke

Kaherah. Tempoh enam tahun yang dihabiskan di Ismailiah merupakan titik

permulaan keberkesanan gerakan Ikhwanul Muslimin pada masa depan. Ketika itu,

ada satu pertubuhan dakwah di Kaherah yang terkenal dengan nama `Jami'atu-

Tahzib-al-Islami'. Pertubuhan ini terdiri daripada belia-belia yang ikhlas terhadap

Islam. Para belia ini sangat tertarik dengan kegigihan Ikhwan memperjuangkan Islam

sehingga akhirnya mereka turut menjadi ahli Ikhwan agar mereka juga melibatkan diri

dalam kegiatannya. Berikutan itu, pertubuhan Jami'atu-Tahzib-al-Islami dan kesemua

cawangan-cawangannya telah diserapkan ke dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin.

Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Kaherah dalam tahun 1933 M., beliau dapati

usaha Ikhwanul Muslimin di situ telah mencapai kemajuan yang pesat. Lantaran itu,

beliau terpaksa meninggalkan jawatan gurunya dan memberi penumpuan sepenuh

masa kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin.




Perkahwinan Hasan Al Banna dan Anak-anaknya.




Hasan Al-Banna sangat disayangi oleh para penduduk Ismailiah.

Kehadirannya itu telah menyirami hati mereka dengan kesedaran rohani. Haji Hussin

as-Soli adalah seorang yang berperibadi mulia dan beliau sangat tertarik dengan

peribadi Hasan Al-Banna serta kegiatannya. Hubungan antara Haji Hussin as-Soli dan

Hasan Al-Banna begitu rapat dan kukuh sekali. Haji Hussin membantu Hasan Al-

Banna dengan berbagai cara. Anak-anak lelakinya menjadi pengikut Hasan Al-Banna.

Hubungan ini menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari sehingga akhirnya Haji

Hussin as-Soli mengambil Hasan Al-Banna sebagai menantunya. Latifah, anak

perempuan Haji Hussin as-Soli, menjadi isteri Imam Hasan Al-Banna. Latifah juga

seorang wanita yang berakhlak mulia dan bertakwa. Perkahwinan ini bertepatan

dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:

...



dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki

yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik (pula).

(Surah An-Nur, ayat 26.)




Latifah sangat setia kepada suaminya dalam berbagai keadaan. Perkongsian

hidup mereka telah menghasilkan enam orang anak iaitu lima orang perempuan dan

seorang lelaki. Kelima orang anak perempuan mereka bernama Sana'a, Wafaa,

Raja'a, Hajir dan Istisy'had. Anak perempuan yang bongsu itu dinamakan Istisy'had

oleh Latifah kerana beliau dilahirkan dihari Imam Hasan Al-Banna mati syahid.


Petikan Dari Ekitab

Lajnah IT DPP Johor


Nik Aziz: Keakraban PAS- bukan Islam tidak direka kerana politik


Oleh Mohd Zuharman

BACHOK, Feb 22 — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu hubungan kerajaan PAS Kelantan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama negeri ini bukan sesuatu yang dibuat-buat berdasarkan kepentingan politik sebagaimana diandaikan sesetengah pihak.


Keluhuran itu kata Mursyidul Am PAS itu, sebaliknya adalah anugerah Allah kepada orang yang sentiasa beristiqamah mendokong kesucian agamanya dalam apa jua aspek kehidupan berasaskan al-Quran dan hadis.


“Sejak 20 tahun PAS memerintah, seluruh rakyat Kelantan merasai keharmonian hubungan kaum yang mana tidak pernah berlaku sebarang pergolakan, pergeseran atau pertelingkahan sehingga menimbulkan perasaan dendam antara kaum.


“Bahkan sebelum pada itu lagi, ketika peristiwa 13 Mei, terjadi pertumpahan darah, tapi Kelantan sikit pun tidak berlaku sedemikian.


“Dan contoh terdekat, ketika negeri-negeri lain baru-baru ini kalut ribut bertelagah sampai berlakunya perbuatan ganas seperti membakar gereja tapi di Kelantan, aman,” katanya sewaktu meraikan sambutan
Tahun Baru Cina PAS kawasan Bachok.


Baca aseterusnya

Monday, February 22, 2010

KULI; IKLAN ISU ROYALTI KELIRUKAN, CETUS IMPLIKASI BARU

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 22 — Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah (picture) hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.


Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

“Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.


“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).


“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.


Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.


Pun begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.


Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.


Oleh itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada kebijaksanaan” seseorang.


Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Baca seterusnya



Isu Royalti: Husam sifatkan pemimpin UMNO = BN Pengecut


Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Feb 22 — Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai pengecut selain menyimpan agenda tersendiri kerana enggan membincangkan pertikaian wang royalti menerusi forum umum.


“Kalau dia (BN) rasakan betul terhadap apa yang dipertahankan itu (wang ihsan) kenapa takut sangat? Berapa kali dah kita sebut wajarnya pertikaian itu dibincang dalam satu sesi debat.


“Rakyat ingin tahu kedudukan sebenar perkara ini. Sekurang-kurangnya segala kesulitan dan kekeliruan yang berbangkit dapat dirungkai secara terbuka. Kalau duk main cakap seorang diri begitu bermakna politik namanya,” katanya.


Exco Kerajaan Kelantan itu berkata beliau bersedia untuk menerima hakikat jika pendiriannya dalam mempertahankan tuntutan royalti minyak dipatahkan.


“Biar tentu orang bercakap Husam ‘mapuh’ (tersungkur) dalam debat royalti.

“Tak ada guna menyalak atau berhujah seorang diri begitu.

“Apatah lagi dengan menggunakan seluruh ruang media menafikan hak rakyat,” kata beliau ketika menyampaikan ceramah umum di pekan Jelawat malam tadi.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas program Ceramah Perdana Royalti Minyak, Antara Politik atau Hakikat anjuran majlis NGO Kelantan yang diadakan Jumaat lepas dan iklan penjelasan isu tersebut yang disiarkan melalui surat khabar.


Baca lagi

Haram Sujud Selain kepada allah!,"


Dipaksa Sujud, Anak Palestina Katakan "Haram Sujud Selain Kepada Allah!"


ilustrasiilustrasi

Sebuah laporan dari organisasi "B'Tselem" pada hari Sabtu kemarin (20/2) menyatakan bahwa pasukan pendudukan Israel telah mengintensifkan penangkapan terhadap anak-anak Palestina di sekitar kota Silwan, wilayah yang di duduki Israel.


Sedangkan menurut media center Palestina dalam laporannya mengatakan bahwa penangkapan yang dilakukan Israel berfokus pada anak-anak dari usia 12 sampai 15 tahun, para anak-anak tersebut harus mengalami interogasi dan bentuk-bentuk intimidasi seperti mata mereka ditutup dalam waktu yang lama dan disertai kata-kata ancaman kepada mereka.


Aksi heroik


Ditambahkan oleh Media Center Palestina, bahwa di antara anak-anak yang ditangkap terdapat seorang anak bernama Ahmad Syiam (12 tahun). Oleh para penyelidik Israel yang menginterogasi dirinya, Syiam diminta untuk bersujud kepada salah seorang penyidik, namun anak laki-laki tersebut menolak sambil mengatakan: "Haram sujud selain kepada Allah!"


Penyidik Israel karena emosi dengan ucapan anak tersebut, akhirnya dengan sengaja memukul leher si anak berulang kali.


Menurut laporan, sejumlah anak-anak yang telah ditangkap oleh aparat Israel, mengalami penyiksaan oleh penyidik Israel sehingga mereka mengalami sakit berupa memar di sendi, kaki dan tangan.


Pasukan Israel banyak menangkap anak-anak Palestina karena aksi mereka yang sering melempari tentara-tentara Israel dengan batu, anak-anak yang berhasil ditangkap akan dibawa ke kantor polisi dan akan di interogasi dengan "sedikit" penyiksaan. (fq/imo)


Sumber dari:
www eramuslim.com

Sunday, February 21, 2010

MEKAH, KA'ABAH DAN QURAISY



'Anakku,' kata Ibrahim, 'ini adalah bantuan besar dalam melaksanakan perintah Allah.'


Kemudian ia siap melaksanakan. Diikatnya kuat-kuat tangan anak itu lalu dibaringkan keningnya untuk disembelih. Tetapi kemudian ia dipanggil: 'Hai Ibrahim! Engkau telah melaksanakan mimpi itu.' Anak itu kemudian ditebusnya dengan seekor domba besar yang terdapat tidak jauh dari tempat itu. Lalu disembelihnya dan dibakarnya.


Demikianlah kisah penyembelihan dan penebusan itu. Ini adalah kisah penyerahan secara keseluruhan kepada kehendak Allah.


Ishaq telah menjadi besar di samping Ismail. Kasih-sayang ayah sama terhadap keduanya. Akan tetapi Sarah menjadi gusar melihat anaknya itu dipersamakan dengan anak Hajar dayangnya itu. Ia bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama dengan Hajar dan anaknya tatkala dilihatnya Ismail memukul adiknya itu. Ibrahim merasa bahwa hidupnya takkan bahagia kalau kedua wanita itu tinggal dalam satu tempat. Oleh karena itu pergilah ia dengan Hajar dan anak itu menuju ke arah selatan. Mereka sampai ke suatu lembah, letak Mekah yang sekarang. Seperti kita sebutkan di atas, lembah ini adalah tempat para kafilah membentangkan kemahnya pada waktu mereka berpapasan dengan kafilah dari Syam ke Yaman, atau dari Yaman ke Syam. Tetapi pada waktu itu adalah saat yang paling sepi sepanjang tahun. Ismail dan ibunya oleh Ibrahim ditinggalkan dan ditinggalkannya pula segala keperluannya. Hajar membuat sebuah gubuk tempat ia berteduh dengan anaknya. Dan Ibrahimpun kembali ke tempat semula.


Zamzam



Sesudah kehabisan air dan perbekalan, Hajar melihat ke kanan kiri. Ia tidak melihat sesuatu. Ia terus berlari dan turun ke lembah mencari air. Dalam berlari-lari itu - menurut cerita orang - antara Shafa dan Marwa, sampai lengkap tujuh kali, ia kembali kepada anaknya dengan membawa perasaan putus asa. Tetapi ketika itu dilihatnya anaknya sedang mengorek-ngorek tanah dengan kaki, yang kemudian dari dalam tanah itu keluar air. Dia dan Ismail dapat melepaskan dahaga. Disumbatnya mata air itu supaya jangan mengalir terus dan menyerap ke dalam pasir.


Anak yang bersama ibunya itu membantu orang-orang Arab yang sedang dalam perjalanan, dan merekapun mendapat imbalan yang akan cukup menjamin hidup mereka sampai pada musim kafilah yang akan datang.Mata air yang memancar dari sumur Zamzam itu menarik hati beberapa kabilah akan tinggal di dekat tempat itu. Beberapa keterangan mengatakan, bahwa kabilah Jurhum adalah yang pertama sekali tinggal di tempat itu, sebelum datang Hajar dan anaknya. Sementara yang lain berpendapat, bahwa mereka tinggal di tempat itu setelah adanya sumber sumur Zamzam, sehingga memungkinkan mereka hidup di lembah gersang itu.


Perkahwinan Ismail dengan Jurhum



Ismail sudah semakin besar, dan kemudian ia kawin dengan gadis kabilah Jurhum. Ia dengan isterinya tinggal bersama-sama keluarga Jurhum yang lain. Di tempat itu rumah suci sudah dibangun, yang kemudian berdiri pula Mekah sekitar tempat itu.


Juga disebutkan bahwa pada suatu hari Ibrahim minta ijin kepada Sarah akan mengunjungi Ismail dan ibunya. Permintaan ini disetujui dan ia pergi. Setelah ia mencari dan menemui rumah Ismail ia bertanya kepada isterinya: "Mana suamimu?"

"Ia sedang berburu untuk hidup kami," jawabnya.

Kemudian ditanya lagi, dapatkah ia menjamu makanan atau minuman, dijawab bahwa dia tidak mempunyai apa-apa untuk dihidangkan.

Ibrahim pergi, setelah mengatakan: "Kalau suamimu datang sampaikan salamku dan katakan kepadanya: "Ganti ambang pintumu."

Setelah pesan ayahnya itu kemudian disampaikan kepada Ismail, ia segera menceraikan isterinya, dan kemudian kawin lagi dengan wanita Jurhum lainnya, puteri Mudzadz bin 'Amr. Wanita ini telah menyambut Ibrahim dengan baik setelah beberapa waktu kemudian ia pernah datang. "Sekarang ambang pintu rumahmu sudah kuat," (kata Ibrahim).


Dari perkawinan ini Ismail mempunyai duabelas orang anak, dan mereka inilah yang menjadi cikal-bakal Arab al-Musta'-riba, yakni orang-orang Arab yang bertemu dari pihak ibu pada Jurhum dengan Arab al-'Ariba keturunan Ya'rub ibn Qahtan. Sedang ayah mereka, Ismail anak Ibrahim, dari pihak ibunya erat sekali bertalian dengan Mesir, dan dari pihak bapa dengan Irak (Mesopotamia) dan Palestina, atau kemana saja Ibrahim menginjakkan kaki


Siri 8 menyusul

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak